? ??????????????Green Grunge Skull? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 5204 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??3 Grabs Today. 7844 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 13, 2009

Tip Anda Tidak Bosan Dalam Lif

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah
saya"

Sunday, July 12, 2009

Petua Jawab Telefon

Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis

Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah,bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betulle tu.

Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Tuesday, December 16, 2008

TIPS MENJADIKAN ANDA KELIHATAN SIBUK DI OFIS


1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.

4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.